|
|
Raja Dato' Arshad Raja Tun Uda |
|
Pengerusi,
Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Raja Muda Selangor |
|
YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, semasa Baginda masih lagi Raja Muda Selangor.
Yayasan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu kaum belia, khususnya anak-anak muda yang serba kekurangan untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mana-mana bidang, seperti bidang seni lukis, seni kraf dan rekaan, seni muzik, seni masakan dan hidangan, serta bidang-bidang lain yang sukar bagi mereka mendapatkan bantuan kewangan.
Bantuan dihulur melalui projek-projek yang boleh membantu mereka memperkembangkan bakat yang terpendam.
Projek-projek ini menekankan penglibatan anak-anak muda ini secara berperantis dan di bawah tunjuk-ajar seorang mentor.
Apabila kita melihat keadaan dunia yang kompleks, isu kritikal adalah dalam memupuk belia hari ini untuk membina kepercayaan, keyakinan, keperibadian serta kemahiran yang cekap.
Seiring ke arah itu, YRMS ingin memainkan peranan penting dalam membina beberapa program dan latihan bagi membantu bakat muda dari golongan usia 18 hingga 29 tahun.